May 31st, 2008 by rifq-girl

Praktikum<sam unwanus saadah banting>

emm..skg nih da start Latihan Mengajar..bnyk kje nk kne wat..pnt gax lar jd cikgu nih..ehehe..

smga aku tabah dlm mharugi ujian ini..

Ya ALLAH Pemudahkan aku..berilah bntuan kpdku..

Tips Cinta Remaja

March 20th, 2008 by rifq-girl

Ya Allah..ampuni dosa kami..tunjuk kami ke jalan yang Kau redhai..berkatilah hidup kami..tabahkan hati kami atas segala dugaan yang kau beri!

Diambil dari website
http://nasoha.blogspot.com/2008/03/tips-cinta-remaja.html

Mar

21

Tips Cinta Remaja

Posted In:


.

By soha

 

Memanglah
kita bukan yang terbaik, namun kita akan cuba kearah itu. Memangla kita
selalu buat kesilapan, tapi kita cuba untuk meninggalkannya. Setiap
indera kita iaitu mata, telinga, lisan dan sentuhan boleh memacu kita
ke arah zina. Ini yang perlu kita jaga sebaik mungkin selagi belum
berkahwin.

Bantu Aku Menjaga Pandanganku

Pernah
saya lihat dompet seorang kawan saya ada gambar seorang perempuan.
Nampak macam tidak salah. Ah! Apa salahnya sekadar melihat gambar,
bukannya bertemu melihat depan-depan.

Ya,
tidak salah kalau kita ingin melihat terlebih dahulu wajah dan bentuk
fizikal bakal pasangan kita itu. Tetapi kalau sampai disimpan dalam
dompet, laptop dan ditampal di loker untuk ditatap hari-hari itu,
mungkin akan mendatangkan masalah.

Itu
bukan lagi niat untuk berkenalan tetapi sudah menjadi penyakit kepada
hati. Kalau lama-lama sampai bertahun-tahun mungkin menimbulkan rasa
jemu. Ah, sedangkan kalau seseorang itu pakai baju yang sama berhari-hari pun, sudah tentu kita jemu memandangnya.

“Oit, kau dah takde baju lain nak pakai ke?”

Ini
baru soal melihat gambar berhari-hari, belum lagi bagi yang berjumpa
mahu berhari-hari jugalah. Bak kata orang yang bercinta ini, sehari
tidak jumpa bagaikan hati sudah mahu dirobek keluar. Makan pun tak lalu.

Ha. Kalau makan tak lalu, berpuasalah. Hehe. Lagi saya suka kalau saya yang makan tak lalu. Boleh kuruskan badan.

Mahu
dikatakan sepandai-pandai kita pun, lagi pandai si syaitan tersebut.
Orang kata lebih lama hidup maka lebih banyak pengalaman. Cuba kira
sudah berapa lama kita hidup dan sudah berapa lama syaitan ini wujud di
muka bumi.

Betapa
pandainya syaitan ini sampai bila kita melihat si dia, mata kita terasa
terpikat sampai badan tiba-tiba jadi cergas. Biasalah kalau sudah
tergoda, ibaratnya macam disuntik dadah. Kemahuan meluap-luap. Kemudian
timbul pula penyakit hati.

Bantu Aku Menahan Kebisingan Syahwat

Wahai
perempuan, tahukah anda bahawa imaginasi kaum lelaki ini begitu tinggi?
Sampaikan kami ini boleh mengimpikan dan membayangkan dengan detail
apa-apa sahaja dengan hanya mendengar suara.

Jika
suara anda itu lembut, ia akan membuat dentingan frekuensi yang sangat
halus sampai menyengat-nyegat jiwa. Kadang-kadang berbisik-bisik sampai
menimbulkan rasa ghairah yang tinggi.

Saya
bukannya menyuruh anda berteriak-teriak apabila bercakap dengan kaum
lelaki. Memang sudah fitrah suara perempuan itu lembut. Jadi, janganlah
dilembutkan lagi. Sampai merengek-rengek bercakap dalam telefon.

Ah!
Anda jangan ingat kalau cakap dalam telefon, kami tidak boleh
membayangkan sesuatu. Bukankah saya sudah katakan tadi imaginasi kami
ini sangat tinggi sampai anda tidak dapat membayangkannya. Hehe. Kalau
tidak mana mungkin terlalu banyak iklan klub-klub telefon dalam majalah
Mastika.

Apa
yang perlu dibuat apabila ingin bertemu dengan lelaki, tegaskan suara.
Biar frekuensi itu tidak dapat menjentik sedikit pun hati-hati kami.

Dan
kepada kaum lelaki, tahanlah nafsu itu. Nanti niat asal yang hendak
berkenalan itu jadi lain pula. Terpikat dengan suara, bukannya terpikat
dengan agama.


Bantu Aku Bernafas

Jangan pula dilupakan hidung. Ini pun satu lagi deria yang sangat sensitif.

“Wanita
mana yang memakai haruman kemudian keluar dan berharap agar orang ramai
dapat menghidu bau haruman tersebut, maka dia adalah penzina.” (HR Abu
Dawud dan At Tirmizi)

Sekali
lagi ingin saya ingatkan, imaginasi lelaki ini sangat tinggi. Sekali
dia membau haruman daripada badan, berkemungkinan dia membayangkan
sesuatu yang tidak patut.

Kulitku Sangat Peka

“Sungguh,
jika kepala

Seorang
naqib saya sewaktu di sekolah tersebut pernah mengibaratkan akan
persentuhan kulit antara lelaki dan wanita itu seperti persentuhan
kulit kita dengan kulit babi.

Jangan salahkannya, kalau tersentuh kulit babi masih boleh disucikan. Tetapi dengar pula hadis yang ini:

salah seorang daripada anda dicucuh dengan jarum besi yang
menyala, itu masih lebih baik daripada anda menyentuh perempuan yang
tiada halal bagimu.” (HR At Thabrani dan Al Bahaiqi)

Masih
lagi saya ingin ingatkan, kita ini kaum lelaki sangat kuat
berimaginasi. Kalau dengan mendengar dan bau sahaja pun sudah
menerbitkan khayalan-khayalan yang tidak patut, apatah lagi kalau dapat
menyentuh si dia.

Ah! Anda mahu berkenalan atau mahu apa ini?

Kawal Kata-kata

Orang
kata bila mahu berkenalan perlulah memaniskan kata-kata. Ya, betul.
Tetapi memaniskan kata-kata bukan bermaksud sengaja membunga-bungakan
kata-kata.

Cukuplah
mengeluarkan ayat-ayat yang sopan. Jangan sampai keterlaluan sampai
bahasa berbunga-bunga. Kalau mahu menulis sajak, bolehlah.

“Saudari, minggu depan rasanya kita perlu buat meeting untuk program ini.”

“Saudari,
rasanya sudah tidak tertahan hati ini untuk berjumpa. Moga silaturrahim
yang dibina akan memantapkan gerakan program ini.”

Bezakan
dua ayat di atas. Kalau rasa pernah dengan sengaja mengeluarkan
kata-kata dengan harapan dapat menyentuh hati si dia, maka cubalah
berhenti sekarang. Bukankah anda kata sekadar mahu berkenalan. Apabila
sudah berkahwin nanti, buatlah ayat yang macam mana sekalipun.

Jaga Jarak

“Janganlah
seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang bukan
mahramnya. Dan janganlah seorang wanita keluar dengan seorang lelaki
kecuali ditemani mahramnya.” (HR Al Bukhari dan Muslim)

Kalau tidak bertemu atau berjumpa, orang kata tidak sah sebagai syarat untuk berkenalan. Tetapi ada syaratnya juga.

Kalau
mahu berkenalan dengan si dia, jadilah lelaki yang berani terus
berjumpa dengan ibu dan bapanya. Bukannya sekadar berjumpa di taman, di
cafe atau di library.

Dan
kalau ada hal yang betul-betul penting, seperti meeting atau mahu buat
kumpulan belajar bersama, pastikan perkara itu betul-betul perlu. Atau
betul-betul terdesak. Jangan jadikan alasan dengan mengatakan sekadar
mahu belajar. Eh, rakan sekuliah yang sama jantina bukankah ramai?

Berkenalan Sebelum Berkahwin

Saya
cuba meringkaskan apa yang saya tulis di atas. Menurut Syeikh Muhammad
al-Munajjid, beliau menggariskan beberapa perkara dalam pergaulan
lelaki dan perempuan:

1. Elakkan dari berkata-kata perkara yang di luar topik.

2. Tidak bergurau secara berlebih-lebihan dan melembutkan suara.

3. Tidak bertanya mengenai perkara peribadi (personal).

4. Berhenti bercakap jika berlaku keinginan didalam hati.

Dan adat Melayu janganlah diabaikan. Bukankah adat Melayu itu juga banyak terselit unsur Islam. Ingat lagi adat merisik?

Orang
waktu dulu bila menyukai seseorang, dia akan meminta orang lain
merisikkan untuknya. Bukannya dia yang dengan muka tidak tahu malu
merisik sendiri.

Janganlah
kata adat merisik kita ini kolot. Tidak kena dengan peredaran zaman.
Dan kemudian mengguna pakai adat Barat yang kononnya dikatakan moden.
Tetapi adat mereka itulah yang merosakkan institusi kekeluargaan di
sana.

Masihkah anda mahu kata adat kita ini kolot?

-ayat-ayat cinta-

March 14th, 2008 by rifq-girl

Ayat-ayat Cinta The Movie, Saya Sudah Tonton!

March 14, 2008

Ayat-ayat CintaBagi yang mengikuti tulisan di laman web ini pasti sudah mengetahui mengenai kekecewaan saya tidak dapat menonton Ayat-ayat Cinta The Movie dalam artikel yang lalu.

Alhamdulillah semalam saya berjaya juga menonton filem tersebut. Bagaimana? Rahsia! Ayat-ayat Cinta The Movie, sebuah filem garapan Hanung Bramantyo berdasarkan novel fenomena Indonesia Ayat-ayat Cinta
tulisan Habiburrahman El-Shirazy. Secara dasarnya bagi orang yang
menonton filem ini selepas membaca novelnya pasti merasa kehilangan.
Mengapa? Roh asal cerita daripada novel seakan-akan hilang di dalam
filemnya.

Saya bukanlah seorang pengkritik ataupun penggiat dunia perfileman
yang mampu memberikan kritikan kepada mutu pembuatan filem. Saya
memberikan pandangan daripada perspektif orang buku yang menilai filem
daripada kaca mata pembaca novel asalnya.

Karisma Watak Utama Hilang

Novel Ayat-ayat Cinta
menonjolkan satu watak yang cukup dominan sepanjang penataannya iaitu
Fahri. Wataknya di dalam novel digambarkan sebagai seorang lelaki
Muslim baik, warak, tenang yang cukup karismatik dan menjaga
nilai-nilai Islamnya. Fahri di kaca mata pembaca sebagai suatu role
model lelaki Muslim hebat yang patut ada dalam diri lelaki-lelaki Islam
yang lain. Para sahabat dan individu sekelilingnya amat menghormatinya
dan menjadikan ia sebagai pakar rujuk hidup mereka. Ini menyebabkan
dalam diam ramai wanita di sekeliling menjadikannya sebagai lelaki
idaman.

Kekuatan
watak ini dijelaskan dengan beberapa babak dalam novel yang
menceritakan beliau seorang pemuda berwawasan dengan perancangan hidup
sistematik. Perancangan 10 tahun hidupnya digagaskan bagi memastikan
hidupnya berada pada landasan yang baik. Perjuangannya menyelamatkan
pandangan orang terhadap Islam dengan membantu orang Amerika dalam bas
amat membuka minda. Beliau menyelamatkan noura daripada seksaan
Bahadur. Kemudian kesabarannya menghadapi cabaran penjara kerana fitnah
menunjukkan kekuatan pada dirinya.

Namun begitu dalam filem, watak Fahri hilang karisma. Ia kelihatan
sebagai watak lelaki mentah yang lemah. Tidak kelihatan ketenangan dan
kekuatan pada watak tersebut. Sikapnya pada awal cerita bagaimana ia
stress kerana fail proposal tesisnya diserang virus menunjukkan ia
tidak kuat menghadapi cabaran. Kemudian muncul pula watak Maria sebagai
pembantu dan pendukung Fahri dalam keadaan tersebut. Ini mengurangkan
hormat saya kepada watak asalnya.

Kemudian bagaimana ia tidak menjaga tata pemuda Muslim bersama
wanita bukan muhrim amat jelas dalam babak-babak seterusnya. Babak
pergolakan rumah tangga beliau bersama Aisha dan babak dalam penjara
yang menyesakkan, memberikan gambaran Fahri ini tidak kuat dan tabah
menghadapi segala cabaran. Walaupun ia masih digambarkan sebagai
seorang yang menjaga tata cara Syarak seperti masih bersolat dan tidak
menyentuh wanita bukan muhrim. Ia masih tidak membuatkan watak itu
sebagai dominan.

Aisha Yang Tabah

Ia
berbeza dengan watak Aisha yang digambarkan sebagai wanita tabah.
Pengembangan watak tersebut daripada novel asal menjadikan Aisha adalah
watak yang lebih dominan. Usaha menyelamatkan suaminya daripada
penjara, menghadapi konflik jiwa apabila mengetahui suaminya ramai
peminat dan ingin berkahwin dengannya amat berkesan. Saya kagum dengan
Aisha dalam filem ini.

Maria Yang Tidak Tertonjol

Dalam
novel asal watak Maria ditonjolkan sebagai wanita Kristian koptik
mencari makna hidup. Islam dilihat cantik cuma masih takut untuk
didekati. Pengkajian mendalam mengenai Islam menjadikan ia sudah
melangkah satu kaki kepada hidayah Allah. Surah Maryam dijadikan
hafalan hidupnya. Pencariannya berakhir dengan hidayah Allah yang agak
tragis dan menginsafkan.

Maria dalam filem ternampak mabuk. Mengapa saya mengatakan ia mabuk?
Watak itu tidak tentu halanya. Sekejap mahu mencari makna, sekejap
terperangkap dengan perasaan. Watak ini lebih ditonjolkan sebagai watak
wanita penagih cinta tidak kesampaian. Babak-babak mabuk cintanya amat
tertonjol hinggakan orang tidak terlihat pencarian hidayah Ilahi
padanya. Ini agak mengecewakan.

Nurul Wanita Karismatik Yang Hilang Hala Tuju

Watak
Nurul ketua Muslimat Indonesia Al-Azhar, anak Pak Kiyai Pesantren
hilang hala hidup dalam filem. Watak karismatik dalam novelnya
seakan-akan hilang terus. Beliau yang pada watak asalnya tabah dan
tenang, menjadi gila dan hilang dalam filem. Ini bagi saya satu perkara
yang menyedihkan.

Watak Antagonis Noura Berjaya

Dalam semua watak bagi saya watak Noura yang agak berjaya dan tidak
lari daripada asalnya. Ia seorang yang malang kerana diseksa oleh
Bahadur, diperkosa dan kemudian diselamatkan oleh Fahri dan Maria.
Bertemu dengan keluarga asal dan menjadi pemfitnah utama kepada Fahri.
Ini amat terkesan.

Banyak Babak Penting Hilang

Saya yang membaca berkali-kali novel Ayat-ayat Cinta amat kecewa
apabila banyak babak penting dalam novel tidak dimasukkan ataupun
diubah di dalam filem. Babak-babak ini yang menjadikan novelnya amat
mengagumkan dan menghibakan. Antaranya :

  • Babak Fahri berdebar ketika bertemu dengan bakal isteri tidak ditata dengan baik.
  • Babak ia membuka perancangan 10 tahun kepada Aisha dihilangkan.
  • Babak ia hiba dengan kekayaan Aisha tiada.
  • Babak beliau bertemu Abdullah Mas’ud.
  • Babak ia membeli Jip Cherokee hilang dengan wujud kereta mercedez hebat Aisha.
  • Keindahan malam pertama Aisha dan Fahri tidak digambarkan (bukan
    babak seks tetapi babak romantis pasangan isteri belum pernah bertemu
    dan bertemu kali pertama).
  • Babak bapa saudara Nurul bertemu Fahri menerangkan rasa hati Nurul
    kepada Fahri pada ketika sebelum majlis perkahwinan dilewatkan dan
    ditata mual dengan menyuruh Fahri berpoligami.
  • Babak Fahri bersama pada banduan tidak diwujudkan, hanya sekadar
    berkawan dengan seorang banduan gila yang akhirnya menyedarkan Fahri.
  • Babak Maria mendapat hidayah yang sepatutnya ditonjolkan juga tiada.

Babak Baru Kurang Islami

Babak-babak
baru yang agak mengelirukan dengan konflik pasangan berpoligami amat
meng’kopyor’kan. Babak Maria yang bebas keluar masuk rumah Fahri juga
menghilangkan rencah Islamnya. Ditambahkan lagi dengan Maria makan
setalam bersama rakan serumah Fahri. Babak beliau berjalan berdua
pulang dari universiti.

Barulah saya tahu mengapa Kang Abik amat tidak berpuas hati dengan filem ini.

Filem Berjaya Yang Hilang Rohnya

Secara keseluruhannya saya melihat filem ini sebagai sebuah filem
yang berjaya yang hilang roh asal. Usaha Hanung Bramantyo
mempersembahkan sebuah filem Islami boleh diucapkan tahniah. Sepatutnya
lebih ramai penggiat filem Malaysia mencontohi usaha ini. Filem ini
boleh ditingkatkan lagi dengan penelitian daripada aspek Islamnya.

Bagi yang ingin menontonnya, saya tetap galakkan kerana ia sebuah
filem adaptasi novel yang menarik. Walau bagaimanapun apa yang boleh
saya katakan, novelnya lebih menarik daripada filem. Bacalah novel
untuk inspirasi, tontonlah filem untuk rasakan. Selamat menonton dan
selamat membaca.

Hasil Tulisan :

Fauzul Na’im Ishak
Pengarah & Jurulatih
Akademi Penulis Karya Bestseller
fauzulnaim@fauzulnaim.com

DAJJAL

February 29th, 2008 by rifq-girl
Ujian Allah SubhanAllah Wa Taala menerusi
makhluknya yg bernama Dajjal ini adalah sebesar-besar ujian yg
ditimpakannya kepada umat manusia yg beriman. Tidak ada ujian lain yg
menyamainya apakan lagi melebihinya. Dalam hal ini baginda Rasulullah
s.a.w. bersabda:


"Sejak Allah SubhanAllah Wa Taala.
menciptakan Nabi Adam a.s. sampai ke hari kiamat nanti tidak ada satu
ujian pun yg lebih dahsyat daripada Dajjal" H.R Muslim.


Fitnah Dajjal atau ujian Dajjal ini akan mudah meragut keimanan seseorang.
Oleh itu maka janganlah ada di kalangan ummat Islam ini yg berkata:

"Saya
tak apa, saya dapat melawan Dajjal" Jangan sekali-kali berkata demikian
kerana sgt sedikit org yg dapat mempertahankan keimanan ketika berhadapan
dgn
Dajjal. Oleh itu Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita supaya
berlindung dengan Allah SubhanAllah Wa Taala. dari godaan Dajjal,
seperti yg di ajarkan oleh Baginda dlm doa tahiyyat akhir yg sunat doa
itu kita baca setiap kali kita sembahyang. Ini menunjukkan betapa
besarnya fitnah Dajjal tersebut.

"Ya Allah aku berlindung dgn engkau daripada siksa api neraka Jahanam dan
dari siksa kubur dan dari ujian dlm kehidupan dan ujian setelah mati dan
juga aku berlindung dgn Engkau daripada kejahatan Al Masih Dajjal.." H.R
Muslim.


Menurut Imam Al Barzanji dalam kitabnya bernama "Al Isya’ah" bahawa di
antara tanda dekatnya masa kemunculan Dajjal itu ialah apabila Umat Islam
melupakan tentang mengingati bahayanya.


KENALI DAJJAL


Asal-Usul Keluarganya:


Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa
jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya "Minal
Munzharin" seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah SubhanAllah Wa Taala ke atas
langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke
atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al
Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga
kiamat nanti.


Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.
Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut
Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah
seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn "syaqq" manakala ibunya adalah dari
bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan
makhluk² halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan
ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil
tidak diketahui dgn jelas.


Sifat² Badannya:


Hadis Huzaifah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya
sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan
Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka
(Hadis Sahih Muslim)


Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis² Rasulullah
Salawatu Alai Wasalam, diantaranya:


Seorang yg kelihatannya masih muda;
Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan;
Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan
kayu yg rimbun.


Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:
Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,
manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip
laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
Kedua: Tertulis didahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini dapat
dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.


Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri
Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda
yg terakhir ini belum ada pada dirinya.


Tempat Tinggalnya Sekarang:


Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim", bahawa
Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan
ditunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-Jassasah".
Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda
boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa
Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah SubhanAllah Wa Taala utk
keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah di
sebelah Timur bukan di Barat.


Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:


Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama
empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn
setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu
minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi
keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan
14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:


Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka
bumi ini? Nabi Salawatu Alai Wasalam, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari
yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari
ketiga seperti seminggu. Kemudian hari² yg masih tinggal lagi (iaitu 37
hari) adalah sama seperti hari² kamu yg biasa.
Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah Salawatu Alai Wasalam! Di hari yg panjang seperti
setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5
waktu sahaja). Nabi Salawatu Alai Wasalam menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu
dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang.."


Maksud Sabdaan Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu
pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita
lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari
itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang
Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam
setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar
Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya
hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan
bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun
yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.


Fitnah Dajjal:


Dajjal telah diberi peluang oleh Allah SubhanAllah Wa Taala utk menguji umat ini. Oleh kerana
itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara
kemampuan Dajjal ialah:


1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan
mematuhinya.


Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn
kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan
kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa
dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda
kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka
daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah
kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu
juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org² yg
bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..
mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan
penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org² yg
tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.


Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:
"Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai
Rasulullah?"
Nabi menjawab:
"Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan
bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan." H.R Ibnu
Majah


2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:


Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan
neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan
kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah
sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka
dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.


3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:


Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org² dahulu. Kalau
hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan
jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi
daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh
dalam satu jam
"… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di
atas muka bumi ini?
Nabi menjawab:
"Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al Ghaist" (hujan atau
awan) yang dipukul oleh angin yang kencang." H.R Muslim


Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam
iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.


4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:


Syaitan² juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah
masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.



CARA UTK SELAMAT DARI FITNAHNYA:


Rasulullah s.a.w. juga telah meninggalkan kepada kita beberapa cara yg perlu
diikuti supaya kita dapat selamat dari fitnah Dajjal ini. Cara-cara itu
ialah:


Pertama: Memahami bahawa Dajjal itu adalah pendusta dan pembohong serta
mempunyai beberapa kelemahan yg ketara sekali. Diantaranya ialah buta mata
sebelah kiri. Seandainya ia sebagai tuhan, sudah tentu ia dapat
menghindarkan cacat cela yg jelas dapat dilihat di mukanya itu. Dajjal takut
kalau ada orang yg sempat memperhatikan kekurangannya ini. Oleh kerana itu
apabila ia selesai memfitnah org di suatu tempat, ia akan segera beredar
dari situ. Ia takut ada orang yang meneliti keaiban dan kekurangannya ini.


Kedua: Tertulis didahinya perkataan "Kafir" yang bererti ia adalah seorang
kafir, di mana tulisan ini akan dapat dibaca oleh setiap Muslim, sama ada
dia pandai membaca atau tidak. Jadi orang Islam tidak perlu terpedaya dgn
godaannya. Apakah lagi nak mengatakan dia sebagai tuhan.


Ketiga: Menghindarkan diri daripadanya, sama ada pergi ke Makkah atau
Madinah atau duduk di rumah dan jgn bergaul langsung dgn masyarakat yg telah
tergoda oleh fitnah Dajjal dan hendaklah ia menghalang golongan perempuan
dari keluar rumah kerana kebanyakan pengikut Dajjal ini dari kalangan orang
yang jahil tentang Islam dan golongan perempuan.


Keempat: Membaca sepuluh ayat pertama (atau yg terakhir) dari surah Al-Kahfi
seperti yg disebutkan dalam hadis Rasulullah Salawatu Alai Wasalam:
"…. Sesiapa yg hafal sepuluh ayat dari ayat awal surah Al-Kahfi, ia akan
terpelihara dari godaan Dajjal dan dalam riwayat lain, siapa yg hafal
sepuluh ayat yg terakhir daripadanya.." (Hadis Sahih Muslim)"

Pencuri Impian

February 4th, 2008 by rifq-girl

Di sebuah kota, ada seorang gadis muda yang

sangat suka menari. Kepandaiannya menari sangat terserlah dibandingkan

dengan rakan-rakannya yang lain, sehinggakan dia seringkali menjadi juara

dalam pelbagai pertandingan yang diadakan. Dia berfikir, dengan bakat yang

dimilikinya saat ini, suatu hari nanti apabila dewasa, dia ingin menjadi

penari bertaraf dunia. Dia membayangkan dirinya menari di Russia, China,

Amerika, Jepun, serta ditonton oleh ribuan penonton yang memberi tepukan

gemuruh kepadanya.var YAHOO = {’Shortcuts’ : {}};
YAHOO.Shortcuts.hasSensitiveText = false;
YAHOO.Shortcuts.sensitivityType = [];
YAHOO.Shortcuts.doUlt = false;
YAHOO.Shortcuts.location = “us”;
YAHOO.Shortcuts.document_id = 0;
YAHOO.Shortcuts.document_type = “”;
YAHOO.Shortcuts.document_title = “Pencuri\u00c2\u00a0Impian”;
YAHOO.Shortcuts.document_publish_date = “”;
YAHOO.Shortcuts.document_author = “najibs@technip.com”;
YAHOO.Shortcuts.document_url = “”;
YAHOO.Shortcuts.document_tags = “”;
YAHOO.Shortcuts.annotationSet = {
“lw_1202173192_0″: {
“text”: “Pencuri Impian”,
“extended”: 0,
“startchar”: 145,
“endchar”: 163,
“start”: 145,
“end”: 163,
“extendedFrom”: “”,
“predictedCategory”: “”,
“predictionProbability”: “0″,
“weight”: 1,
“type”: ["shortcuts:/us/instance/identifier/hyperlink/http"],
“category”: ["IDENTIFIER"],
“context”: “Pencuri Impian Di sebuah kota ada seorang”,
“metaData”: {
“linkHref”: “http://cintadearhaniey.wordpress.com/2008/01/25/pencuri-impian/”,
“linkProtocol”: “http”,
“linkRel”: “nofollow”,
“linkTarget”: “_blank”
}
},
“lw_1202173192_1″: {
“text”: “Russia”,
“extended”: 0,
“startchar”: 622,
“endchar”: 627,
“start”: 622,
“end”: 627,
“extendedFrom”: “”,
“predictedCategory”: “PLACE”,
“predictionProbability”: “0.993189″,
“weight”: 0.35,
“type”: ["shortcuts:/us/instance/place/destination", "shortcuts:/us/instance/place/ru/country"],
“category”: ["PLACE"],
“context”: “Dia membayangkan dirinya menari di Russia China Amerika Jepun serta ditonton”,
“metaData”: {
“geoArea”: “1.66189e+07″,
“geoCountry”: “Russia”,
“geoIsoCountryCode”: “RU”,
“geoLocation”: “(108.83178, 59.461479)”,
“geoName”: “Russia”,
“geoPlaceType”: “Country”,
“type”: “shortcuts:/us/instance/place/ru/country”
}
},
“lw_1202173192_2″: {
“text”: “China”,
“extended”: 0,
“startchar”: 630,
“endchar”: 634,
“start”: 630,
“end”: 634,
“extendedFrom”: “”,
“predictedCategory”: “PLACE”,
“predictionProbability”: “0.997211″,
“weight”: 0.35,
“type”: ["shortcuts:/us/instance/place/cn/country", "shortcuts:/us/instance/place/destination"],
“category”: ["PLACE"],
“context”: “membayangkan dirinya menari di Russia China Amerika Jepun serta ditonton oleh”,
“metaData”: {
“geoArea”: “9.3721e+06″,
“geoCountry”: “China”,
“geoIsoCountryCode”: “CN”,
“geoLocation”: “(104.16565, 36.894451)”,
“geoName”: “China”,
“geoPlaceType”: “Country”,
“type”: “shortcuts:/us/instance/place/cn/country”
}
},
“lw_1202173192_3″: {
“text”: “Technip”,
“extended”: 0,
“startchar”: 6813,
“endchar”: 6819,
“start”: 6853,
“end”: 6859,
“extendedFrom”: “”,
“predictedCategory”: “ORGANIZATION”,
“predictionProbability”: “0.25″,
“weight”: 0.35,
“type”: ["shortcuts:/us/instance/organization/company/company_name"],
“category”: ["ORGANIZATION"],
“context”: “Piping Department 4th Floor Wisma Technip 241 Jalan Tun Razak 50400″,
“metaData”: {
“exchange”: “NYQ”,
“nocontent”: “true”,
“symbol”: “TKP”
}
},
“lw_1202173192_4″: {
“text”: “Kuala Lumpur, Malaysia”,
“extended”: 0,
“startchar”: 6964,
“endchar”: 6985,
“start”: 7004,
“end”: 7025,
“extendedFrom”: “”,
“predictedCategory”: “”,
“predictionProbability”: “0″,
“weight”: 0.35,
“type”: ["shortcuts:/us/instance/place/destination", "shortcuts:/us/instance/place/my/town"],
“category”: ["PLACE"],
“context”: “241 Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur Malaysia Phone 603 2116 7271 E-mail”,
“metaData”: {
“geoArea”: “16.6986″,
“geoCountry”: “Malaysia”,
“geoIsoCountryCode”: “MY”,
“geoLocation”: “(101.70761, 3.1501)”,
“geoName”: “Kuala Lumpur”,
“geoPlaceType”: “Town”,
“geoState”: “Wilayah Persekutuan”,
“geoTown”: “Kuala Lumpur”,
“type”: “shortcuts:/us/instance/place/my/town”
}
},
“lw_1202173192_5″: {
“text”: “najibs@technip.com”,
“extended”: 0,
“startchar”: 7345,
“endchar”: 7362,
“start”: 7385,
“end”: 7402,
“extendedFrom”: “”,
“predictedCategory”: “”,
“predictionProbability”: “0″,
“weight”: 1,
“type”: ["shortcuts:/us/instance/identifier/hyperlink/mailto"],
“category”: ["IDENTIFIER"],
“context”: “Phone 603 2116 7271 E-mail najibs@technip.com Web www.tpmalaysia.com”,
“metaData”: {
“linkHref”: “mailto:najibs@technip.com”,
“linkProtocol”: “mailto”,
“linkRel”: “nofollow”,
“linkTarget”: “_blank”,
“linkYmailto”: “mailto:najibs@technip.com”
}
},
“lw_1202173192_6″: {
“text”: “www.tpmalaysia.com”,
“extended”: 0,
“startchar”: 7599,
“endchar”: 7616,
“start”: 7639,
“end”: 7656,
“extendedFrom”: “”,
“predictedCategory”: “”,
“predictionProbability”: “0″,
“weight”: 1,
“type”: ["shortcuts:/us/instance/identifier/hyperlink/http"],
“category”: ["IDENTIFIER"],
“context”: “2116 7271 E-mail najibs@technip.com Web www.tpmalaysia.com”,
“metaData”: {
“linkHref”: “http://www.tpmalaysia.com”,
“linkProtocol”: “http”,
“linkRel”: “nofollow”,
“linkTarget”: “_blank”
}
}
};

 

Suatu hari, kotanya dikunjungi seorang pakar

tari yang berasal dari luar negara. Pakar ini sangatlah hebat. Dari tangan

dinginnya telah banyak dilahirkan penari-penari kelas dunia. Gadis muda

ini ingin sekali menari dan menunjukkan kebolehannya di depan sang pakar

tersebut, malah jika boleh memperoleh kesempatan menjadi muridnya.

Akhirnya kesempatan itu datang juga. Si gadis

muda berjaya menemui sang pakar di belakang panggung, seusai sebuah persembahan

tari. Si gadis muda bertanya: “Tuan, saya ingin sekali menjadi penari

kelas dunia. Apakah tuan punya waktu sejenak, untuk menilai saya menari?

Saya ingin tahu pendapat tuan tentang tarian saya”. “Okey, menarilah

di depan saya selama 10 minit”, jawab sang pakar.

Belum lagi 10 minit berlalu, sang pakar berdiri

dari kerusinya, lalu berlalu meninggalkan si gadis muda begitu saja, tanpa

mengucapkan sepatah kata apa pun.

Betapa hancur si gadis muda melihat sikap sang

pakar. Si gadis terus berlari keluar. Pulang ke rumah, dia menangis tersedu-sedu.

Dia menjadi benci terhadap dirinya sendiri. Ternyata tarian yang selama

ini dia bangga-banggakan tidak ada maknanya di hadapan sang pakar. Kemudian

dia ambil kasut tarinya, lalu dilemparkan ke dalam gudang. Sejak saat itu,

dia bersumpah tidak akan menari lagi.

Puluhan tahun berlalu. Sang gadis muda kini

telah menjadi ibu dengan tiga orang anak. Suaminya telah meninggal. Dan

untuk menyara keluarganya, dia bekerja menjadi pelayan di sebuah kedai

di sudut jalan.

Suatu hari, ada sebuah persembahan tari yang

diadakan di kota itu. Nampak sang pakar berada di antara para menari muda

di belakang panggung. Sang pakar nampak tua, dengan rambutnya yang sudah

putih. Si ibu muda dengan tiga anaknya juga datang ke persembahan tari

tersebut. Selesai acara, ibu ini membawa ketiga anaknya ke belakang panggung,

mencari sang pakar, dan memperkenalkan ketiga anaknya kepada sang pakar.

Sang pakar masih mengenali ibu muda ini, dan

kemudian mereka bercerita secara akrab. Si ibu bertanya, “Tuan, ada satu

pertanyaan yang tersimpan di hati saya iaitu tentang penampilan saya sewaktu

menari di hadapan tuan bertahun-tahun yang silam. Sebegitu terukkah penampilan

saya saat itu, sehingga tuan terus pergi meninggalkan saya begitu saja,

tanpa berkata sepatah pun?”

“Oh ya, saya ingat peristiwa itu. Terus terang,

saya belum pernah melihat tarian seindah yang kamu lakukan waktu itu. Saya

rasa kamu akan menjadi penari kelas dunia. Saya tidak mengerti mengapa

kamu tiba-tiba berhenti dari dunia tari”, jawab sang pakar.

Si ibu muda sangat terkejut mendengar jawapan

sang pakar. “Ini tidak adil”, seru si ibu muda. “Sikap tuan telah mencuri

semua impian saya. Kalau memang tarian saya bagus, mengapa tuan meninggalkan

saya begitu saja ketika saya baru menari beberapa minit. Tuan seharusnya

memuji saya, dan bukan mengacuhkan saya begitu saja. Jika tidak, pasti

sekarang saya sudah menjadi penari bertaraf dunia. Bukan hanya menjadi

pembantu kedai.”

Si pakar menjawab lagi dengan tenang “Tidak

…. tidak, saya rasa saya telah berbuat yang sepatutnya. Anda tidak semestinya

minum anggur satu barel untuk membuktikan anggur itu enak. Demikian juga

saya. Saya tidak harus menonton anda 10 minit untuk membuktikan tarian

anda bagus. Malam itu saya sangat lelah setelah pertunjukan pentas. Maka

sejenak saya tinggalkan anda, untuk mengambil kad nama saya, dan berharap

anda mahu menghubungi saya lagi keesokan hari. Tapi anda sudah pergi ketika

saya keluar. Dan satu hal yang perlu anda fahami, bahawa anda sepatutnya

fokus pada impian anda, bukan pada ucapan atau tindakan saya.“

“Dan pujian? Kamu mengharapkan pujian? Ah,

waktu itu kamu sedang belajar. Pujian itu seperti pedang bermata dua. Ada

kalanya memotivasikanmu, namun boleh juga melemahkanmu. Dan faktanya saya

melihat bahawa sebahagian besar pujian yang diberikan pada saat seseorang

sedang belajar, hanya akan membuat dirinya puas dan pertumbuhannya berhenti.

Oleh itu, saya lebih suka mengacuhkanmu, agar hal itu dapat membuatmu memajukan

diri lebih cepat lagi. Lagipun, pujian itu seharusnya datang dari keinginan

saya sendiri. Anda tidak sewajarnya meminta pujian dari orang lain.“

“Anda lihat, ini sebenarnya hanyalah masalah

remeh. Seandainya anda pada waktu itu tidak menghiraukan apa yang terjadi

dan tetap menari, mungkin hari ini anda sudah menjadi penari kelas dunia.”

Mungkin anda sakit hati pada waktu itu, tapi

sakit hati anda akan cepat hilang setelah anda berlatih kembali. Tapi sakit

hati kerana penyesalan anda hari ini tidak mungkin hilang selama-lamanya.”

 

 
29928861363577l

 

Petua Membuat Keputusan

February 4th, 2008 by rifq-girl


Membuat keputusan merupakan satu cabaran kerana ia mungkin
akan menimbulkan kesan yang baik atau buruk, malah mungkin menimbulkan
perkara yang tidak terlintas langsung di fikiran. Kematangan dan kebijaksanaan
seseorang boleh dilihat daripada cara dia membuat keputusan. Terdapat keputusan
yang boleh dibuat dengan serta-merta dan ada pula yang mengambl masa untuk
difikirkan terlebih dahulu. Keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa adakalanya
tidak membawa faedah, malah lebih teruk jika menimbulkan pelbagai perkara
buruk. Maka, kita haruslah memahirkan diri terlebih dahulu dengan cara-cara
membuat keputusan yang betul.
var YAHOO = {’Shortcuts’ : {}};
YAHOO.Shortcuts.hasSensitiveText = false;
YAHOO.Shortcuts.sensitivityType = [];
YAHOO.Shortcuts.doUlt = false;
YAHOO.Shortcuts.location = “us”;
YAHOO.Shortcuts.document_id = 0;
YAHOO.Shortcuts.document_type = “”;
YAHOO.Shortcuts.document_title = “Petua Membuat\u00c2\u00a0Keputusan”;
YAHOO.Shortcuts.document_publish_date = “”;
YAHOO.Shortcuts.document_author = “najibs@technip.com”;
YAHOO.Shortcuts.document_url = “”;
YAHOO.Shortcuts.document_tags = “”;
YAHOO.Shortcuts.annotationSet = {
“lw_1202173178_0″: {
“text”: “Petua Membuat Keputusan”,
“extended”: 0,
“startchar”: 153,
“endchar”: 180,
“start”: 153,
“end”: 180,
“extendedFrom”: “”,
“predictedCategory”: “”,
“predictionProbability”: “0″,
“weight”: 1,
“type”: ["shortcuts:/us/instance/identifier/hyperlink/http"],
“category”: ["IDENTIFIER"],
“context”: “Petua Membuat Keputusan Membuat keputusan merupakan satu cabaran”,
“metaData”: {
“linkHref”: “http://cintadearhaniey.wordpress.com/2007/11/22/petua-membuat-keputusan/”,
“linkProtocol”: “http”,
“linkRel”: “nofollow”,
“linkTarget”: “_blank”
}
},
“lw_1202173178_1″: {
“text”: “Cuba”,
“extended”: 0,
“startchar”: 1576,
“endchar”: 1579,
“start”: 1576,
“end”: 1579,
“extendedFrom”: “”,
“predictedCategory”: “PLACE”,
“predictionProbability”: “0.983553″,
“weight”: 0.35,
“type”: ["shortcuts:/us/instance/place/cu/country", "shortcuts:/us/instance/place/destination"],
“category”: ["PLACE"],
“context”: “perkara yang menjadi masalah sebenar Cuba ingat samada anda pernah menghadapinya”,
“metaData”: {
“geoArea”: “111606″,
“geoCountry”: “Cuba”,
“geoIsoCountryCode”: “CU”,
“geoLocation”: “(-77.806793, 21.511021)”,
“geoName”: “Cuba”,
“geoPlaceType”: “Country”,
“type”: “shortcuts:/us/instance/place/cu/country”
}
},
“lw_1202173178_2″: {
“text”: “Cuba”,
“extended”: 0,
“startchar”: 1884,
“endchar”: 1887,
“start”: 1884,
“end”: 1887,
“extendedFrom”: “”,
“predictedCategory”: “PLACE”,
“predictionProbability”: “0.986487″,
“weight”: 0.35,
“type”: ["shortcuts:/us/instance/place/cu/country", "shortcuts:/us/instance/place/destination"],
“category”: ["PLACE"],
“context”: “Fikirkan semua pilihan-pilihan yang ada Cuba cari seberapa banyak pilihan yang”,
“metaData”: {
“geoArea”: “111606″,
“geoCountry”: “Cuba”,
“geoIsoCountryCode”: “CU”,
“geoLocation”: “(-77.806793, 21.511021)”,
“geoName”: “Cuba”,
“geoPlaceType”: “Country”,
“type”: “shortcuts:/us/instance/place/cu/country”
}
},
“lw_1202173178_3″: {
“text”: “Technip”,
“extended”: 0,
“startchar”: 4875,
“endchar”: 4881,
“start”: 4875,
“end”: 4881,
“extendedFrom”: “”,
“predictedCategory”: “ORGANIZATION”,
“predictionProbability”: “0.25″,
“weight”: 0.35,
“type”: ["shortcuts:/us/instance/organization/company/company_name"],
“category”: ["ORGANIZATION"],
“context”: “Piping Department 4th Floor Wisma Technip 241 Jalan Tun Razak 50400″,
“metaData”: {
“exchange”: “NYQ”,
“nocontent”: “true”,
“symbol”: “TKP”
}
},
“lw_1202173178_4″: {
“text”: “Kuala Lumpur, Malaysia”,
“extended”: 0,
“startchar”: 5024,
“endchar”: 5045,
“start”: 5024,
“end”: 5045,
“extendedFrom”: “”,
“predictedCategory”: “”,
“predictionProbability”: “0″,
“weight”: 2.02037,
“type”: ["shortcuts:/us/instance/place/destination", "shortcuts:/us/instance/place/my/town"],
“category”: ["PLACE"],
“context”: “241 Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur Malaysia Phone 603 2116 7271 E-mail”,
“metaData”: {
“geoArea”: “16.6986″,
“geoCountry”: “Malaysia”,
“geoIsoCountryCode”: “MY”,
“geoLocation”: “(101.70761, 3.1501)”,
“geoName”: “Kuala Lumpur”,
“geoPlaceType”: “Town”,
“geoState”: “Wilayah Persekutuan”,
“geoTown”: “Kuala Lumpur”,
“type”: “shortcuts:/us/instance/place/my/town”
}
},
“lw_1202173178_5″: {
“text”: “najibs@technip.com”,
“extended”: 0,
“startchar”: 5401,
“endchar”: 5418,
“start”: 5401,
“end”: 5418,
“extendedFrom”: “”,
“predictedCategory”: “”,
“predictionProbability”: “0″,
“weight”: 1,
“type”: ["shortcuts:/us/instance/identifier/hyperlink/mailto"],
“category”: ["IDENTIFIER"],
“context”: “Phone 603 2116 7271 E-mail najibs@technip.com Web www.tpmalaysia.com”,
“metaData”: {
“linkHref”: “mailto:najibs@technip.com”,
“linkProtocol”: “mailto”,
“linkRel”: “nofollow”,
“linkTarget”: “_blank”,
“linkYmailto”: “mailto:najibs@technip.com”
}
},
“lw_1202173178_6″: {
“text”: “www.tpmalaysia.com”,
“extended”: 0,
“startchar”: 5653,
“endchar”: 5670,
“start”: 5653,
“end”: 5670,
“extendedFrom”: “”,
“predictedCategory”: “”,
“predictionProbability”: “0″,
“weight”: 1,
“type”: ["shortcuts:/us/instance/identifier/hyperlink/http"],
“category”: ["IDENTIFIER"],
“context”: “2116 7271 E-mail najibs@technip.com Web www.tpmalaysia.com”,
“metaData”: {
“linkHref”: “http://www.tpmalaysia.com”,
“linkProtocol”: “http”,
“linkRel”: “nofollow”,
“linkTarget”: “_blank”
}
}
};

 

1. Tenangkan fikiran
Apabila di dalam kebuntuan untuk membuat keputusan, elakkan rasa tertekan
dan yakinkan diri anda bahawa anda dapat membuat keputusan yang terbaik.
Tenangkan fikiran dan jangan bertindak di luar kawalan seperti menjerit,
menumbuk dinding, minum arak, memandu kenderaan dengan laju dan sebagainya.
Sebaliknya, cuba duduk, tarik nafas panjang ataupun ambil wuduk dan menunaikan
solat sunat. Fikiran yang tenang penting agar kita dapat berfikir dengan
waras tanpa menurut gerak hati yang mungkin akan menambahkan lagi kerumitan.

2. Kenal pasti masalah sebenar
Setelah fikiran tenang, fikirkan semula perkara yang menjadi masalah sebenar.
Cuba ingat samada anda pernah menghadapinya ataupun pertama kali. Jika
pernah, ingat kembali keputusan yang telah dibuat dan kesan-kesannya. Jika
ianya pertama kali, fikirkan perkara itu dengan teliti.

3. Kenal pasti pilihan
Fikirkan semua pilihan-pilihan yang ada. Cuba cari seberapa banyak
pilihan yang boleh dibuat. Untuk membuat keputusan yang amat penting dan
besar, sebaiknya sediakan kertas untuk mencatat pilihan-pilihan yang ada.

4. Kaji baik buruk pilihan
Setiap pilihan yang ada mempunyai kesan yang baik dan buruk kepada diri
sendiri atau orang lain. Oleh itu, setiap pilihan perlu dikaji dengan teliti
kesan yang akan timbul. Fikirkan sebanyak mungkin segala kesan baik dan
buruk yang mungkin terjadi jika pilihan itu yang diambil.

5. Buat pilihan terbaik
Setelah mengkaji baik buruk setiap tindakan, buatlah pilihan yang terbaik
iaitu yang paling banyak positifnya daripada negatif. Pastikan keputusan
yang dipilih benar-benar mampu untuk anda laksanakan dan jangan menyesal
dengan keputusan anda. Keputusan yang telah diambil hendaklah dilakukan
dengan penuh keyakinan. Tabahkan diri dan percaya bahawa keputusan itulah
yang terbaik.

6. Tegas dengan keputusan
Yakinlah bahawa keputusan yang dibuat adalah betul. Anda perlu tegas dengan
keputusan anda dan jangan ikut kata orang. Jangan mudah berubah, sebaliknya
tegaslah dengan keputusan yang anda. Kesabaran amat penting setelah membuat
keputusan agar anda tidak akan kecewa, malah lebih yakin dengan diri sendiri.

7. Nilai semula
Apabila anda telah melaksanakan keputusan yang diambil, cuba lihat kembali
kesan-kesan yang berlaku. Adakah sama dengan apa yang telah dikaji atau
terdapat kesan-kesan lain yang tidak tersenarai? Simpan catatan anda untuk
dijadikan rujukan jika anda menghadapi perkara yang serupa pada masa akan
datang.

Kehidupan kita tidak pernah lari daripada menghadapi pilihan-pilihan
serta masalah yang mana ianya amat penting untuk menjadikan kita lebih
matang untuk menghadapi kehidupan mendatang. Membuat fikiran memerlukan
ketajaman fikiran dan keyakinan. Pengalaman juga dapat membantu kita membuat
keputusan terbaik. Jika ianya amat sukar, dapatkanlah buah fikiran orang
lain seperti ibubapa, rakan-rakan, guru, ataupun khidmat kaunseling.

 

 

February 4th, 2008 by rifq-girl


Rabiatul Adawiyah


Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa  bagai bayang-bayang
Gelap walau di suluh cahaya

Pepasir pantai pun berubah
Pabila hakikat melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi

Kau hias rumah kasih abadi
Serik menghiasi singgahsanamu
Kau berjaya merubah segala
Kasih semalam menjadi esok

Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Dari mu Tuhan pencipta alam

Rabiatul Adawiyah
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi ikhtibar

Asmaramu dihampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu

Namamu menjadi sanjungan
Ikutan ummah sepanjang zaman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah

February 4th, 2008 by rifq-girl

Cinta Allah
Cinta Abadi

Cinta itu senang di ucapkan…tapi
susah untuk diterjemahkan, mahupun ditafsirkan. Bahaya jika cinta salah
diletakkan pada bukan tempatnya. Bimbang jika cinta disalah ertikan….Fitrah
manusia tidak dapat lari dari cinta. Cinta yang bagaimana…?

Allah sayang pada hambaNya
yang mempunyai perasaan kasih sayang sesama mahkluk, tetapi janganlah kerana
perasaan ini juga membuatkan Allah benci pada hambaNya. Jadi..letakkan
cinta itu di tempat yang sepatutnya……

Sesekali
Terkenang kembali pada wali Allah
Rabiatul Adawiyah dengan cintanya yang abadi
Pada Ilahi
Cinta Insani tiada peduli
Cinta Hasan Al-Basri tak sampai di hati
Tersedarkah insan yang konon jadi buruan cinta?


Dari manusia
Sedangkan segalanya tiada kekal lama

Terkadang
Menjelma semua garis pemisah pengajaran
Seorang perempuan yang mencungkil matanya
Kerana di situ ada daya pesona
Rela mati menanggung seksa tiada bermata
Lantarannya buat lelaki tergila
Terpegunkah insan yang tiada menjaga mata?
Dari dunia
Sedangkan kesemuanya jalan ke tempat seksa

Sering kita manusia jadi
alpa
Terlalu cinta pada dunia melebihi cinta padaNya
sering kita manusia membuat dosa
Dengan pesona cinta dan mata

" Alangkah sedihnya
perasaan yang dilamun cinta
Hatinya mengelupur menahan dahaga rindu
Cinta digenggam walau apapun yang berlaku
Kalau terputus ia ditaut kembali
Liku-liku cinta terhadang bertemu di syurga
Menikmati pertemuan indah dan abadi
Tetapi tiada jarang bertemu mereka
Dalam pertemuan yang tiada berpantai"

Rabiatul Adawiyah


February 4th, 2008 by rifq-girl

SEJENAK KE ALAM RUMAHTANGGA

Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

( i )

Psst….
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang…… buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas…..
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang….abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi…
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii )

Arghh…
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata….
segermelapan intan " …
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh…
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir…
permata yang dipilih
perlu digilap semula.

Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan
berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku…
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."

( iii )

Puuuh…
Akan tiba masanya bila ‘isteri’ di hati tapi kurang di
mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan ‘body’
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan
kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya  membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, ’selepas’ mati pun bersama.

( iv )

Uhhh….
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara ‘indirect’ dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina  Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada
amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita…
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit
kerenahnya ? "

( v )

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada
segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah
perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir
isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya…

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :

Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur
buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.

Isteri…
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila
yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu…..
seorang isteri.

February 4th, 2008 by rifq-girl

Rahsia Solat Lima Waktu

Ali bin Abi Talib r.a. berkata,

"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar,
maka dengan tiba-tiba datanglah
satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, ‘Ya Muhammad, kami hendak
bertanya kepada kamu
kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang
tidak diberikan kecuali kepada para
Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.

‘ Lalu Rasullullah saw bersabda, ‘Silakan bertanya.’

Berkata orang Yahudi, ‘Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang
diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.’

"Sabda Rasullullah saw, ‘Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka
bertasbihlah segala sesuatu kepada
Tuhannya.

Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.

Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s.
Maka setiap mukmin yang
bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu
pada Allah maka pasti Allah
akan mengkabulkan permintaannya.

Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul
sebelumku.

Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila
matahari terbit, terbitnya di antara dua
tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.’

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka
berkata, ‘Memang benar apa yang
kamu katakan itu Muhammad.

Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang
sembahyang.

‘ Rasullullah saw bersabda, ‘Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama
sembahyang yang pertengahan.

Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin
yang mengerjakan
sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka
Jahanam pada hari Kiamat.’

Sabda Rasullullah saw lagi, ‘Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana
Nabi Adam a.s. memakan buah
khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan
dosanya seperti bayi yang
baru lahir.’

Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, ‘Jagalah
waktu-waktu sembahyang terutama sekali
sembahyang yang pertengahan.

Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima.
Seorang mukmin yang ikhlas
mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah,
maka Allah akan perkenankan.’

Sabda Rasullullah saw, ‘Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah
sangat gelap dan begitu juga
pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap
untuk pergi menunaikan
sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena
nyala api neraka dan diberikan
kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.’

Sabda Rasullullah saw seterusnya, ‘Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin
yang mengerjakan sembahyang
Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT
dua kebebasan iaitu:

                     a) Dibebaskan daripada api neraka.

                     b) Dibebaskan dari nifaq.

"Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka
mereka berkata,

‘Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw).

Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa
30 hari ke atas umatmu?’

Sabda Rasullullah saw, ‘Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang
dilarang, lalu makanan itu
tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT
mewajibkan ke atas keturunan
Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam
itu adalah sebagai kurnia Allah SWT
kepada makhluk-Nya.’

Kata orang Yahudi lagi,’Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu
katakan itu.

Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi
daripada berpuasa itu.’

Sabda Rasullullah saw, ‘Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan
dengan ikhlas kepada Allah
SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:

                  a) Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari
                     badannya (daging yang tumbuh daripada makanan
                     yang haram).

                  b) Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.

                  c) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

                  d) Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.

                  e) Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat
                     mengerikan).

                  f) Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat
                     untuk menyeberang Titian Sirath.

                  g) Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.’

Kata orang Yahudi, ‘Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.

Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.’

Sabda Rasullullah saw, ‘Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk
membinasakan umatnya, tetapi saya
tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat
saya di hari kiamat).’

Kata orang Yahudi, ‘Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.

Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka
Rasulullah (kami percaya bahawa
tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).’

                                 Peringatan !!!

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan
harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang
yang sabar." (Surah Al-Baqarah:
ayat 155) "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. Ia mendapat pahala
(dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan)
yang dikerjakannya." (Surah
Al-Baqarah: ayat 286)